Sharing is caring!

Kita tahu apakah itu Da’ie. Dan kita tahu tugas-tugas Da’ie. Kita juga tahu 10 muwassafat tarbiyyah yang harus ada pada setiap peribadi Da’ie.

Tapi pernahkah kita terfikir bagaimanakah untuk menjadi Da’ie yang Cool??

Terutama pada zaman sekarang dimana kita berdepan dengan mad’u yang pelbagai ragam dan perangai. Eheh..

Artikel ini ditujukan kepada semua para Da’ie supaya tidak cepat mengalah di jalan dakwah ini 🙂

1)    Find your own style

f8455a916b20fda3ae8bcc5169e3e253

Peter Gould – Contemporary Islamic Designer, based in Sydney, graduate of the University of Technology in Sydney. “Peter is among those young urban global Muslims leading the emergence of a new Muslim cool.” – BBC Radio 4, August 2012

Antum tak perlu ikut ‘trends’ yang terkini untuk menjadi ‘cool’. Selagi personaliti antum menyerlah, antum boleh pakai apa sahaja yang antum suka!

Ehem, jangan lupa – asalkan tutup aurat, ikut syara’, bersih & kemas 🙂

Sesetengah mad’u kita melihat definasi ‘cool’ dengan kaca mata yang berbeza.  Bagaimana pulak tuh?

Yakin! Itulah kuncinya! Antum perlu  berasa yakin untuk melihat mad’u antum di mata apabila menyampaikan risalah dakwah ini.

Kalau diri kita sendiri tidak yakin, bagaimanakah mad’u kita kita nak yakin untuk menerimanya?

2)    Know a little bit of everything

graph-1

Baca, baca & baca. Antum tidak perlu pun menjadi pakar dalam segala-galanya pun. We’re not a robot after all.

Yang penting, antum tahu serba sedikit mengenai semua perkara terutama perkara yang bermakna dan dekat dengan mad’u antum.

Pernah satu masa, saya membawa usrah di Glasgow – anak-anak usrah saya semua adalah doktor! Ketika itu saya adalah pelajar ‘business’, saya tidak tahu apa-apa pun istilah perubatan! I don’t even like science!

Tapi saya tahu saya kena berfikiran terbuka. Demi dakwah dan Islam. Sekurang-kurangkan saya belajar sikit –sikit mengenai istilah-istilah perubatan dan apabila anak-anak usrah saya menceritakan kisah perubatan harian mereka, saya boleh ‘engage’ dan menaut hati mereka.

Hasan Al-Banna adalah salah satu contoh Da’ie yang cool. Beliau banyak membaca dan pengetahuannya mengenai perkara-perkara lain sangat tinggi. Oleh itu beliau dapat menaut hati mad’u-mad’unya di kedai kopi sahaja.

3)    Be friendly –tanpa melanggar syariat Islam

Jadilah seorang yang ramah mesra tapi jangan terlalu berlebihan. Eh, macamana pulak tuh?

Jadilah “someone who know what to say at the right moment”.  Janganlah terlalu mendominasi perbualan antara kita dengan mad’u kita. Jadilah pendengar yang baik, dan komen sikit-sikit apabila perlu.

1b38af251bc76fdc8a1098a0e53fe91f

Boleh bergurau, bergelak ketawa dengan mad’u kita tapi dengan hadnya.

Sentiasalah cuba untuk membuat mad’u kita berasa istimewa dan penting. Tapi jangan biar sampai dorang duduk cakap ‘syok’ sendiri je. Sebab itulah sangat penting bagi kita untuk cuba menjadi –

“someone who know what to say at the right moment”.

4)    Know your audience – Understand that some people won’t get it. 

know-your-audience_EN2

Kenali siapakah mad’u antum. Antum mungkin seorang yang kelakar, atau seorang yang bijak berkata tapi ada masanya antum akan jumpa mad’u yang tidak sekepala dengan antum!

Itulah manusia, sungguh menakjubkan sekali 😉

Bagi kes mad’u yang tidak sekepala dengan kita atau tak faham langsung apa yang kita nak sampaikan, berilah ia masa.

Make an extra effort for them dan cuba memahami mad’u kita itu macamana. Mungkin kita kena layan dia lebih sikit. Yang penting, kita kena tetap berpegang dengan prinsip kita. Jangan cepat mengalah!

5) Keep your cool

4a883f987d52b5bff8a86c88eba96b0b

Jalan dakwah ini panjang & berliku-liku. And that’s the best part of it. Supaya kita belajar untuk menjadi orang yang sabar dan  belajar untuk menjadi orang yang kuat imannya.

Jika antum berasa geram, sedih, marah, nak menangis – tarik nafas panjang-panjang, duduk & berdoa.  Sometimes the real strength comes from within. 

Suka artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda di Facebook!

Written by Arinah Zainordin

A digital strategist & an entrepreneur.  Previously CEO for Iman Shoppe, a local bookstore and currently a CEO for Iman Interactive, a digital marketing consultancy. Her passion are including branding, technology, da’wah, books, coffee and panda. Yes, panda!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *